Showing posts with label my belief. Show all posts
Showing posts with label my belief. Show all posts

03 January 2012

"Islam Syumul" yang sempit


Kita tak lagi berada pada awal abad ke-20, yang mana kesyumulan Islam dilihat satu konsep yang amat janggal, waima oleh sebahagian 'orang agama'
Kini ramai yang tahu tentang konsep ini; Islam tidak hanya pada tikar sejadah, namun pada Negara dan seluruhnya.

Memisahkan ibadah khusus dengan kenegaraan, ekonomi, hubungan antara ahli masyarakat, hubungan antarabangsa adalah ke arah konsep liberal. Ya. Yang ini ramai antara kita yang boleh menerimanya.

26 October 2011

Kontroversi

Maha Suci Allah ta’ala Yang Maha Bijaksana, yang takkan ditewaskan waima segala tentera elit; China, Rusia, Israel, US, NATO dan semuanya bersatu bersama
Milik Allah ta’ala segala peraturan, segala ketundukan.
Allah takkan kalah

Alhamdulillah, HIMPUN 22 Oktober telah tamat.
Dengan jumlah kehadiran yang kontroversi.
Media memainkankan peranannya
Sebahagian media hanya emphasis angka 5000, sambil menayangkan hanya gambar-gambar yang menampakkan banyak kerusi kosong, bahagian hujung-hujung, dan bukan bahagian  orang ramai.
Menampakkan ilusi optik, membenarkan apa yang dikatakan
Keadilan media?

22 October 2011

"Adik demam ke..?"

gambar yang agak takde kaitan

“Kenapa adik sakit..?” Tanya seorang budak comel. Baru pulang dari tadika.
 “Kerana 2 sebab utama:”
“Kerana sistem imun badan kurang”
“Kerana serangan kuman-kuman dari luar”
“Kalau nak sihat cergas, dua-dua kena ambil berat!” demikian pesan seorang bakal doctor
i.e. Encik Aiman Nasir.
Adik comel tadi hanya mengangguk, dengan muka blur yang tak dapat disembunyikan

28 August 2011

apabila harga sos cili lebih bernilai dari harga Iman

Kita bimbang, kalau-kalau duit tak cukup
Kita risau, apabila harga barang menjadi-jadi naiknya.
Kita gusar, apabila digit-digit yang terpapar di skrin ATM hanya tinggal 2 digit.
Kita risau kalau harta kita kurang, makanan kita tak sesedap orang lain.
Kita marah kalau duit kita diambil orang.
Kita mogok kalau harga minyak naik.

Itu biasa.
(tapi saya tak kata “itulah sepatutnya”)

18 May 2011

Harmoni, synchronize (Perjalananku epi 2)

Synchronize - Jigsaw puzzle
Minta 2 orang untuk kerat 2 keping kadbod untuk membentuk jigsaw puzzle.
Kerat beberapa bentuk daripada kertas secara rambang.
Boleh cantumkan bentuk2 tu dengan kemas, sebagaimana menyambung jigsaw puzzle?


*  *  *  *
The Cog

Sifat ‘complexity, synchronize & harmonize’ memerlukan KEBIJAKSANAAN & KETELITIAN
Lihat saja pada video The Cog ini.




18 April 2011

Logik (episod 2)

Pernah jumpa teori fizik yang belum pernah orang lain jumpa?

Belum?
Tak kan la susah sangat kan... Orang lain ramai dah jumpa...
*  *  *
Mengapa orang kafir masih diuji dengan penyakit,kebuluran, masalah hidup etc?
Kan ke mereka pasti ke neraka? Kalaupun mereka sabar, tu takkan dikira sebagai pahala pun..

Logik (epi. 1)



Scene 1
“Aiman! Aiman! Mu tahu dok?”
“Dok tahu. Tapi kalu mung kabo, aku tau la.”
“Kat Utopia ade gunung berapi meletup. Kuat nok mapuh. Abih meletup dekat separuh negara tu.”
“Mung bior betul? Mane mung tahu?”
“Ade budok kecik mane ntoh tadi kabo ke aku.”
“Hok oloh.. Ngaruk ngabang sungguh la..”

06 April 2011

Ah! Sibuknya...


 “Aku takkan guna alasan sibuk practice band kalau result aku jatuh, homework aku tak siap,”kata sahabat lama, Tony Tan suatu hari.
Masa tu di form 3@4 kalau tak silap.

Bekas pelajar SBP mungkin sedia maklum dengan kesibukkan pasukan orchestra & band. Practice since awal tahun, sedangkan pertandingan dalam bulan 6. Bila dah 3 bulan lagi nak pertandingan , practice masa prep petang& malam, masa riadah petang.
Bila masa nak study?!

27 March 2011

Alkisah... (Wavelength epi. 2)



Alkisah, diceritakan oleh mak masa saya muda-muda dulu, tentang kisah Zaki (semestinya bukan nama mengikut Mykadnya). Setelah diedit, ditambah, dikurang, maka dipersembahkan!

Kisah seorang yang baru tiba di Terengganu (yang best), sekitar 80-an dulu.

“Eh Mat, aku sakit perut ni. Nak ‘membuang’ ni. Tandas rumah kau kat mana?” tanya Zaki.
Zaki datang bertamu di rumah kawan seUninya, bersama-sama Ramli, juga anok Ganu (yang best).
“Kalu mung nok buang air, gi la kat rok kat belakang rumoh tu. Tubik ikut dapur nuh.” Jawab Mat dengan loghat Ganu (yang best) pekatnya.

10 March 2011

Argument

“There’s 6 billions of us in this earth; and each one have their own opinions”
Tak ingat jumpa di mana quotation ni.
Most likely in one of House MD episodes.
Hm.. True indeed. Everybody have their own eyes. Thus seeing things in their own unique ways.
Or in other words, different points of VIEWs.

Perkara ni dah disentuh dalam artikel lepas; “Hanya Aku yang Betul!”
Sekadar nak sembang2 kosong sket dalam sudut yang agak berbeza berbanding artikel lepas tentang isu yang hampir sama.

Argument/berdebat/berbincang

27 January 2011

Dia buat hal lagi

Dia buat hal lagi.
Bukan sahaja dia, bahkan yang lain-lain juga.
Kes yang melibatkan isu deen kita. Deen kita diperlekehkan, dipermainkan.

Yang telah berlaku,
Yang sedang berlaku,
Dan yang pastinya, akan berlaku.

Itulah sunnah yang Allah tetapkan.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
al-Baqarah: 120

Rasanya dah cukup kalau saya berhenti saja pada terjemahan kalam Yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui ini.

23 January 2011

Strategi 'Pasti Kalah'


assalamualaikum~
sekadar sembang-sembang kosong (kot)..

pelik

pelik dengan strategi yang digunakan 'pihak tertentu'.
Nampak macam 'strategi pasti kalah' je..

16 January 2011

Aku Superhero!

Gaban! Nostalgik sungguh

Assalamualaikum warahmatullah~
Teringin nak jadi Superman, Gaban atau Suria Baja Hitam (ke camne ejanya..)?
Di sini atuk nak share petua!
Petua ni dah lama,dan agak kerap orang guna. Cumanya mungkin cucu-cucu tak perasan.
Ni pun atuk dapat masa dengar talk Xifu Naser kat IIS dalam 2 minggu lepas.
Talk pasal 'Westernophobia'. Kalau ikut plan, nanti nak buat talk pasal Islamophobia di kalangan orang Islam pulak. Menarik!

11 January 2011

'Facebook is closing'


Assalamualaikum warahmatullah~
baru saja berpeluang untuk check email & FB.
"Mahalnya sewa rumah.."
"Oh, dah ada group baru!"
"Oh, dah banyak dah info dalam group satu lagi ni,"

dan antara yang menarik perhatian, isu Facebook nak ditutup.
2 daripada entah berapa Yahoogroups saya, ada yang postkan perkara ni.

Di sebalik isu ini, terserlah dengan terang-benderang masalah orang kita (at least from my point of view..)

12 December 2010

Mbuahhh (menguap)


LDK A
Selepas habis bermain game ‘Mafia’…

Abang FC 1: apa pengajaran yang kamu boleh ambil dari game kita tadi?
Saya: jangan percaya kat sesiapa pun (don’t believe anybody)

08 October 2010

wavelength


“Mana ada mengumpat yg harus. Ni tak betul ni..” kata imam masa kuliah maghrib malam tu.
Menjawab soalan seorang pakcik yg bertanya tentang kata-kata seorang ustaz lain tentang boleh megumpat, dalam keadaan tertentu.
Saya dah panas punggung, dan panas kepala.
Mungkin hanya perasaan. Tapi nampak macam ada unsur bias dalam memberi ulasan. Bias kerana politik.
Dan berlainan dari apa yg saya baca dalam Riadhus Salihin.
“Tapi kalau nak laporkan kesalahan kat polis ke, itu bukan mengumpat. Itu ‘royak hal’,” sambung imam. Susah nak translate ‘royak hal’ dalam BM standard. “Melaporkan”?

“La…”

01 October 2010

no title

terjumpa satu video menarik tadi di yahoo.com



kenapa menarik?

30 September 2010

biar dengan ilmu


assalamualaikum
dah agak lama tinggalkan blog ini bersawang..
& masih belum mahu memulakan penulisan tentang 'how I see the world'.
tertipu dengan masa mungkin?

daripada tak ada apa-apa yang baru blog ni, nak kongsi satu video yg agak menarik
satu bahagian yg cambest yg sy nak fokuskan kat sini
kat minit ke 5 lebih kurang


"tapi keno tahu"
"jange dibuat tetap, kemah tu mace Nabi ajar gitu"
bak kata Maulana Asri.

16 September 2010

Menung di Pagi Raya


Assalamualaikum.
A short one insyaAllah
Oh, bukan nak bercerita pasal raya, walaupun ada sedikit kisah ‘menarik’ yg berlaku.
Kisah jem yg entah berapa kilometer di Kuala Krai dan kisah ‘jejak kasih; 18 tahun tak jumpa, itu lain kali lah kot.
Semasa tengah jemur kain tadi, tiba-tiba teringat kepada kata2 seorang tetamu yg datang ke rumah baru2 ni dan artikel “Ada Apa dengan Gitar?”

07 September 2010

how I see the world, & how he sees it

how I see the world?
briefly, it's like this..



maybe some articles for clearer picture?
at the part when I met the tabligh people in this article: perjalanan
& kenapa tak boleh makan babi?

for specific explanation for this post, maybe later..
had two deadly, killing lectures just now that need to be revised!
Allah.. yassirni

(or maybe any of you want to give your idea?=)

Allahua'lam