29 April 2010

orang kata...

orang kata
"Kita kena up-to-date. Kena kotemporari. Kena moden."
"Mindset kita kena moden. Jangan berfikiran lapuk; ketinggalan zaman."

Setuju! Tapi tak setuju.

15 April 2010

the whole story


ta'lim ust Ridha, surau Vista C

“Ustaz bagi dua contoh kematian. Entorang* nak yang mana?” selingan ustaz Ridha malam itu.
Dah pernah dengar dah cerita ni masa di INTEC dulu… Hehe..
“Yang A, mati di masjid. Siap dekat sejadah imam lagi!”
“Yang B pula,mati lemas dalam tong arak yang besar di kilang arak! Entorang pilih yang mana?”

“Kat tempat imam tadi…” kedengaran suara-suara menjawab. Ala-ala bunyi tebuan. Tak serentak bunyinya, tapi sekata maksudnya. Mestilah kan… Siapa yang nak mati lemas dalam arak! Macam su’il khatimah (kematian yang buruk) je gayanya.

“Ok, meh dengar cerita sebenar..!” balas ustaz.

01 April 2010

Code: 2:286




"Argh!! Serabutnya!"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya


"Adui.. Banyaknya kerja..."
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

"Pahal la minah sorang ni. Buat perangai la pulak... Menyusahkan orang!"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

"Tensionnye dengan housemate sorang ni!"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

"Alahai... Rosak la pulak laptop ni.. Camne nak buat kerja kalau macam ni!"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

"Kenapa aku ya Allah! Kenapa tak orang lain!!"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

"Exam dah dekat. Kerja banyak lagi ni. Study dah lama tinggal. Cukuplah, jangan ada lagi masalah datang.."
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya

"Apahal la dia ni. Bagi kerja buat main-main. Chill konon. Last2 aku jugak.."
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
...Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.(2) Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.(3)
[65:2-3]
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya [2;286]

wAllahua'lam

31 March 2010

bila waktu berakhir



assalamualaikum. ni antara 'tazkirah' yang saya minat, suatu masa dulu..
moga bermanfaat.
"kejarlah dunia!, dan ia akan hancur.."

30 March 2010

perjalanan




“Kat matrikulasi abang tu, ada seorang ni yang pertikai semua agama. Habis semua agama dia condemn.”kata abang Faiz, bekas ketua pelajar. Masa itu, ana di form 4 kalau tak silap. Honeymoon year…

Panjang lagi ta'limnya malam tu.

Memang menjadi kebiasaan, kalau ada senior-senior yang datang melawat sekolah, dia akan dijemput untuk bagi ta’lim. Tapi biasanya, hanya ‘orang-orang itu’ sajalah yang dijemput.

Kalau tidak… Teringat kes doa abang Azmi selepas solat Isya’. Seorang amir yang dihormati dan dikagumi keIslamannnya, mendoakan kecelakaan orang yang mempermainkan sunnah rasul-Nya, dek kerana ‘ta’lim telampau’ yang diberikan selepas solat maghrib sebelum itu. Diberikan oleh bukan ‘orang-orang itu’ (secara paksa-rela) (-_-')

“Hm… Apa yang dia condemn tu?”

27 March 2010

Muslimah Nite =)


sekadar nak berkongsi video sempena Muslimah Nite MSoc IMU. enjoy! & ambil manfaaat & amalkan insyaAllah =)