04 February 2012

Basmalah

Bila nak mula makan, baca basmalah supaya berkat, tak nak syaitan kacau
Bila nak mula study, baca basmalah supaya berkat

Bila nak buat kerja dakwah;
baca emel, prepare usrah, baca bahan fikrah etc,
baca basmalah tak?

Kita buat kerja apa pun, hakikatnya Allah ta'ala yang bagi hasil.

Kalau buat kerja dakwah tak bergantung pada Allah,
padan la..

Masuk tandas pun baca doa =P


& check balik
"aku buat sebab rasa tanggungjawab macam mak kucing jaga anak kucing,
sebab semangat berpesatuan macam zaman debat kat sekolah dulu,
sebab naqib,
atau sebab Allah ta'ala?"

WAllahuta'ala a'lam.. =)

02 February 2012

Mudah

Apabila musibah yang terhasil dari kecuaian dan kemalasan diri,
mudah benar diselesaikan selesai dengan 'bantuan ghaib' yang jelas; kemudahan yang tak disangka
Alhamdulillah.. Segala puji milik Pemilik seluruh alam

atau mungkin juga kerana kamu belum layak diuji (?)
jangan sampai Dia sudah malas dengan kamu.



oh, tidak.. Tuhanmu sentiasa dekat dengan orang yang bertaubat
Dia tak putus asa kepada kamu, melainkan kamu terlebih dahulu yang putus asa kepadaNya

WAllahua'lam

03 January 2012

"Islam Syumul" yang sempit


Kita tak lagi berada pada awal abad ke-20, yang mana kesyumulan Islam dilihat satu konsep yang amat janggal, waima oleh sebahagian 'orang agama'
Kini ramai yang tahu tentang konsep ini; Islam tidak hanya pada tikar sejadah, namun pada Negara dan seluruhnya.

Memisahkan ibadah khusus dengan kenegaraan, ekonomi, hubungan antara ahli masyarakat, hubungan antarabangsa adalah ke arah konsep liberal. Ya. Yang ini ramai antara kita yang boleh menerimanya.

26 October 2011

Kontroversi

Maha Suci Allah ta’ala Yang Maha Bijaksana, yang takkan ditewaskan waima segala tentera elit; China, Rusia, Israel, US, NATO dan semuanya bersatu bersama
Milik Allah ta’ala segala peraturan, segala ketundukan.
Allah takkan kalah

Alhamdulillah, HIMPUN 22 Oktober telah tamat.
Dengan jumlah kehadiran yang kontroversi.
Media memainkankan peranannya
Sebahagian media hanya emphasis angka 5000, sambil menayangkan hanya gambar-gambar yang menampakkan banyak kerusi kosong, bahagian hujung-hujung, dan bukan bahagian  orang ramai.
Menampakkan ilusi optik, membenarkan apa yang dikatakan
Keadilan media?

22 October 2011

"Adik demam ke..?"

gambar yang agak takde kaitan

“Kenapa adik sakit..?” Tanya seorang budak comel. Baru pulang dari tadika.
 “Kerana 2 sebab utama:”
“Kerana sistem imun badan kurang”
“Kerana serangan kuman-kuman dari luar”
“Kalau nak sihat cergas, dua-dua kena ambil berat!” demikian pesan seorang bakal doctor
i.e. Encik Aiman Nasir.
Adik comel tadi hanya mengangguk, dengan muka blur yang tak dapat disembunyikan

17 October 2011

Pengembaraan.. Bermula!

“Assalamualaikum! Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam..”  jawab akak bertudung itu.

Baru saja sampai di lapangan terbang Vienna, Austria petang itu tanpa plan apa-apa ke mana hendak pergi, waima di mana hendak tidur.
Gamble saja!
“Alah..sekejap saja.. Pagi esok naik pula flight ke Mesir..” bual kami berdua.

Masih ada lagi rasa tak kena tentang urusan visa ke Mesir. Kata rakan-rakan yang pernah ke sana, orang Malaysia dapat visa on arrival selama 2 minggu.  Kat sana nanti boleh buat visa pelancong untuk cover tempoh lagi 2,3 minggu di Kaherah. Entahlah...

“Can you show us where’s the mosque?” Tanya kami, sambil menghulurkan map free yang diberikan setibanya di Vienna.
Map yang diberi tanpa diminta yang hikmahnya, masyaAllah!