Kebanyakkan orang adalah tidak beragenda
& bersifat ‘mengikut’, dan sebahagian sahaja bersifat memimpin dan
mewujudkan agenda. Sebahagian lagi mempunyai kedua-dua sifat, mampu mempengaruhi
orang dan pada masa sama, mengikut agenda orang di atas.
Suara terkini, atau agenda utama, atau isu
yang menjadi perhatian, atau cara fikir, atau mindset, atau ‘ism’, atau ideology
dan yang seumpama dengannya, kebanyakkannya berasal, dimulakan, dan
dikehadapankan oleh sekumpulan kecil ‘sumber’
‘sumber’ itu boleh jadi media massa; ‘mainstream’,
atau ‘alternatif’ (yang mana definisi kedua-duanya adalah subjektif), atau pemimpin@orang
yang berpengaruh@sistem kepercayaan yang terawang-awang.
Dari sumber kecil ini, kerana kebanyakkan
manusia bersifat mengikut, agenda/ideology/mindset/berita/isu yang menjadi
mainstream dalam kelompok-kelompok manusia adalah mengikut atau berdasarkan
atau sangat dipengaruhi oleh ‘sumber.’
‘Sumber’ dan ‘agenda’ itu banyak, dan yang
mana berjaya menjadi mainstream dan diikuti bergantung pada banyak perkara:
1.
Populariti. Kebiasaan orang
akan mengikut agenda yang popular, menjadikannya lebih popular dan berpengaruh.
2.
Agenda mula menjadi popular jika
disuarakan oleh manusia yang hebat mempengaruhi, samada dengan kebolehan
berpidato dan mengambil peluang@berpolitik, kebolehan fizikal, atau
diulang-ulang banyak kali.
3.
Cara penyampaian.
4.
Etc.
Hujah
Hujah menyokong sesuatu ‘agenda’ boleh
dicari dan dicipta, dan boleh disokong dengan fakta yang benar. Apabila bercakap
tentang hujah, banyak isu kompleks di sekelilingnya.
Fallacies
Ramai, ramai dan RAMAI orang tidak mampu
melihat ‘penipuan’ (secara sengaja atau tidak sengaja, dengan niat baik atau
jahat atau tiada niat) di sebalik fallacies. Ia memerlukan pemikiran kritis,
objektif. Bercakap tentang pemikiran yang objektif@ tidak bias, itu satu hal
yang sangat sukar.
Cara hujah disampaikan amat mempengaruhi
penerimaan orang ramai. Seorang yang bercakap dengan mono-tone sebagai contoh,
walaupun penuh dengan isi dan fakta, tidak akan mampu mempengaruhi orang. Cara percakapan
bersemangat, dengan lenggok bahasa, bemain kata dan lawak, ditambah pula dengan
fallacies akan lebih mempengaruhi manusia.
Fakta
juga ada isu yang perlu dilihat
Fakta boleh jadi benar, boleh jadi salah
(penipuan fakta), boleh bercampur aduk antara benar dan salah (dan dengan
menghiglightkan fakta yang benar, fakta yang salah itu juga akan boleh dilihat
benar). Fakta satu hal, tafsiran dan konklusi itu satu hal yang lain.
Konklusi yang salah boleh saja dibuat
berdasarkan fakta yang benar. Dan parameter dalam menentukan konklusi mana yang
‘benar’ dan mana yang ‘salah’ itu pun satu isu besar. Siapa yang ada hak
menetapkan parameter tersebut dan meng’endorse’kannya ke atas individu lain?
Kesimpulannya,
Agenda/isu yang berjaya menjadi mainstream
bukanlah sangat bergantung pada samada ia benar atau salah, tapi bergantung
banyak pada benda-benda sampingan yang menghiasi sekeliling agenda tersebut. Dan
benda sampingan itu bukanlah sangat pemikiran objektif atau kebenaran, tapi
lebih kepada perkara yang bermain-main dengan mekanisma manusia berfikir dan
membuat keputusan.
Memenangkan agenda bukan hanya dengan
hujah, bahkan kebenaran hujah itu pun bukan penting sangat. Tapi dengan ‘benda-benda
sampingan’ yang mampu mempengaruhi manusia kebanyakkan.
Sekian saja, karutan buat kali ini.
Suara budak kecil yang bosan melihat gelagat di internet