04 December 2012

Oh! Keliru!



XX knp wujud org2 yg bergelar ulama tp berckp tdk seperti seorg ulama.... Sungguh kesal melihat dan mendgr ucapan beliau.... Sbb akn mengelirukan umat Islam

Ketika sedang makan malam depan laptop, terbaca komen ini di Facebook.
“Akan mengelirukan umat Islam”
Rasanya merujuk kepada video Youtube penerangan oleh seorang ustaz berkenaan isu Palestin.


Taklah lama sebelum ini, ada juga saya mencadangkan agar talk yang dibuat adalah berkisar isu khilaf dalam Islam.
Kenapa & bagaimana khilaf boleh terjadi sedangkan “Islam kan hanya satu? Tuhan kan hanya satu? Al-Quran kan hanya satu?”
Adab-adab dan cara berhadapan dalam masalah khilaf.
Tapi tak berapa nak menegakkan pendapat sendiri kerana memikirkan “berapa orang sangat yang terlbat dan ambil tahu dengan isu wahabi-khalafi ini?”
Berbanding banyak lagi topic yang boleh disentuh yang melibatkan lebih ramai orang dengan bilangan talk yang terhad yang boleh dibuat
Ya lah, banyak sangat nanti orang bosan... AJK pun nak study juga...

Tapi melihat kepada contoh di atas, sebenarnya kekeliruan berkenaan isu khilaf ni jauh lebih besar dari sekadar isu wahabi-ashbah,
Isu salafi-khalfi.
Bahkan komen ini buat saya teringat tentang satu kisah yang saya dengar dahulu,
Seorang muslim yang sedang dalam krisis aqidah, mencari-cari kebenaran agama mana yang benar. Apabila melihat kepelbagaian cara beribadah, menambahkan lagi masalah aqidah dalam dirinya
“al-Quran kan satu? Kenapa boleh berbeza?”

Kalau diingat-ingat balik, besar juga isu khilaf ni.

Isu khilaf; umat di Malaysia masih belum faham.
Adab dalam berkhilaf, umat Malaysia masih belum tahu.
”Fiqh itu hanya satu, hukum itu hanya satu”
“ustaz saya cakap macam ini. Yang awak cakap tu lain dari ustaz saya cakap. Jadi awak salah”


Isu keharusan boikot ni bukan pertama kali disentuh.
Sebelum ni pun dah pernah dengar disentuh oleh ulama’ luar Negara.
Melihat kepada kedua-dua orang hebat ini, ada satu persamaan tentang fikrah/metodologi mereka.

Bahkan ada isu Palestin lain yang agak kontroversi.
Contohnya isu perlukah umat Islam Palestin untuk terus tinggal di Palestin?
Ada seorang ulama’ hebat mengatakan umat Islam Palestin harus berhijrah dari Palestin
(tak pasti perkataan yang lebih tepat adlah “harus”, “perlu” atau “wajib”)

Fuh! Bayangkan kalau cerita ini sampai ke khalayak umum di Malaysia!

Keluar sekejap dari isu fiqh sekitar Palestin dan balik pada point utama.

Akhirnya, yang saya nampak masalah di sini adalah isu khilaf sahaja.
Masing-masing ada hujah masing-masing. Selagi mana bertepatan dengan metodologi istinbat/keluar hukum, maka oklah...
Dan umat tak patut keliru dengan perbezaan hukum.
Cuma cabarannya sekarang adalah samada umat mampu menilai hukum manakah yang bertepatan dengan kaedah istinbat hukum, hukum manakah yang ‘bogus’, langsung salah.
Penting juga. Kalau tak nanti Ayah Pin & syiah pun guna hujah ‘ini khilaf’ untuk menghalalkan cara mereka.

Kembali semula pada isu hukum fiqh berkaitan Palentin.
Saya tak bermaksud nak membenarkan pendapat ustaz pertama atau ulama' kedua yang saya mention kat atas.
Sekadar nak mention, sebab isu tersebut men'trigger' saya untuk menulis.

Hm.. Mungkin lepas ni patut cadangkan balik supaya gunakan tajuk khilaf sebagai talk.
WAllahua’lam

Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam.

No comments:

Post a Comment