20 February 2010
18 February 2010
Tampal Menampal
Kecoh!
Isu buang bayi secara zalim
“Sedangkan singa betina yang ganas & tak berakal itu pun, tak makan anak dia. Malah menjaganya bersungguh-sungguh!” kedengaran suara-suara kesal..
Teringat kisah ‘kucing surau’ semasa di SMSD dulu. Berhari-hari (malah berminggu kot..)mengiau dalam surau mencari anaknya yang hilang. Sampai macam dah naik gila kucing itu!
Isunya dah lama.
Tapi isu kali ini tetiba famous. Dan.. bomm! Segala macam akta nak diubah, orang-orang politik ramai nak bersuara. Ini isu Negara!
Isu ini dah lama. Tapi kenapa yang kali ini? Entahlah..
Politik?
Mari ramai-ramai pakat buat kenyataan kat paper! Lepas tu senyap…
10 February 2010
Ada Apa dengan Anjing?
“Astaghfirullah… “
“Kenapa Pih? siap tepuk-tepuk dahi lagi,” Ujar Hadi kepada roomatenya itu
“Kau ada dapat email gambar ex-schoolmate kita ni? Zid hantar. Si Bob ni... Dah murtad ke apa,” Balas Hafiz. Serius.
“Nauzubillah... Kenapa? Dia cakap Islam tu lapuk ke? Ke dia mengangguk kat wailing wall?” Jelas kerut-kerut dahi Hadi. Apa jadi si Bob Kentang?!
“Lagi teruk! Tengok ni ha, peluk-peluk posing mesra dengan babi! Siap tunggang lagi!” Balas Hafiz.
Kali ni Hadi pula tepuk dahi. Bukan tepuk marah. Tapi tepuk kesian.. “Alahai Apih..”
08 February 2010
Hadis Dhaif; Jadi?
Selingan sekejap. Tertarik dengan rancangan Soal Jawab TV3 08Feb10.
Satu point yang agak 'menarik'.
"Kalau YB nak perjuangkan Islam, kenapa tak masuk PAS?(i.e. keluar PKR)"
Nak perjuangkan Islam, itulah PAS.
Berdakwah itu kerja ustaz.
Nak je jerit "Woi!!" Lepas tu sepak skejap.
Tapi takleh la.. Nabi tak ajar. (kot)
Perjuangkan Islam bukan kerja PAS. Itu kerja orang Islam. Orang yang mengucap kalimah syahadah. Kamulah!
Cumanya kita rasa itu bukan kerja kita sebab tak ditekankan dalam silibus Pendidikan Islam.(ehem ehem)
Sebab ustaz masjid surau tak ajar betul-betul terutama ustaz bukan PAS (of course bukan semua). Alih-alih ajar bab takbir solat.
Sebab mak ayah tak ajar.
OK. Back to the topic!
07 February 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)