12 October 2010

keajaiban terbesar(?)


Pakcik anda yang anda kenali sejak lama, suatu hari mengetuk pintu rumah anda
dan tiba-tiba berkata yang malaikat bertemu dengannya,
membacakan beberapa perintah Tuhan kepadanya,
mengaku menjadi penyampai pesanan Tuhan,
mahu anda dan semua yang lain ikut sahaja apa yang disampaikannya,
dan mengubah segala cara hidup anda.
Bayangkan...
Apa reaksi anda?
“Er.. Pakcik sihat tak ni?”
“Pakcik makan apa semalam? Nak jumpa doktor?”
“Er.. Eh, mak panggil la. Jumpa lagi ye..”

Apa pula reaksi penduduk Mekah apabila Nabi Muhammad sallallahu ’alaihu wasallam memberitahu perkara yang serupa?
Ada yang terus percaya. Mungkin kerana personaliti Rasulullah yang tak tergambar cantiknya.
Atau apa yang disampaikan, bersesuaian dengan fitrah manusia yang menerima keesaan Tuhan; bukan Tuhan yang pelbagai yang boleh dimakan apabila lapar

Tapi ramai agaknya susah nak menerima.
“Atas sebab apa aku nak percaya kat dia?”
Bayangkan kalau ANDA di tempat mereka.

Dan Allah Maha Bijaksana.
Mukjizat;
kelebihan yang Allah bagi pada Rasul-Nya sebagai bantuan kepada mereka untuk membuktikan kenabian mereka.

Bulan terbelah, itu salah satu mukjizat Rasulullah.
Bukti langsung dari Allah sebagai menunjukkan yang Muhammad ibn Abdullah sallallahu ‘alaihi wasallam adalah pesuruhNya. Bagaimana lagi seorang manusia mampu membelah bulan?!
“Ini sihir yang nyata!” Balas si kafir yang degil, walhal sebelum itu merekalah yang mencabar Baginda.
(dan kisah sambungannya anda carilah sendiri ye...)

Dan mukjizat juga diturunkan kepada rasul-rasulNya yang lain.
Bayangkan kalau anda berada di waktu mukjizat itu berlaku.
Menonton secara 'live' depan mata!
Tengok dengan mata sendiri Nabi Isa ‘alaihisalam menghidupkan orang mati!
Berada tak jauh dari Nabi Musa ‘alaihisalam apabila tongkat baginda menjadi ular besar dan membelah lautan!
Apa perasaan anda?
Ada lagikah rasa sangsi atas kebenaran kenabian Nabi-nabi itu?
Masih lagikan mahu menyembah manusia bergelar firaun atau berhala-berhala ciptaan tangan sendiri?
Itulah kehebatan mukjizat, dengan izin Allah ta’ala.
laut merah
Soalan mudah.
Apakah mukjizat terbesar?
The one yang terselit di rak buku kita, itupun kalau kita ada yang kita sendiri punya..
Atau yang terletak rapi di rak-rak di surau,
itulah mukjizat terhebat!

AlQuran; mukjizat terbesar yang lebih hebat dari lautan terbelah, malah menghidupkan yang mati!
Mukjizat yang membuktikan kenabian Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam!

Tapi,
apa hebatnya alQuran?

Ramalan-ramalan yang terbukti berlaku?
Ayat-ayat yang selari dengan penemuan saintifik semasa?
InsyaAllah, ya.
Tapi berapa banyak daripada ayat-ayat alQuran itu adalah tentang ramalan, tentang sains? 70%? 50%? 25%?

Dan berapa banyak yang muslimin terdahulu yang hidup sezaman dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang tahu tentang kelebihan yang ini?
Bagaimana kita mengatakan alQuran itu mukjizat bagi mereka, kalau tak ada satu pun ilmu sains yang mereka tahu? Tentang ramalan pula, berapa ramai yang beriman sebelum sempat mendengar surah Rom?

what is@are the miracle(s) in this ayat?

mukjizat AlQuran; it’s more than those!

Mukjizatnya alQuran yang dirasai para sahabat radiallahu ‘anhum dan bahkan dirasai golongan kafir bukanlah sangat pada sains, atau ramalan.

sayangnya, kita tak rasa apa hebatnya alQuran
hebat yang lebih menakjubkan dari melihat si mati hidup kembali!
Dan kita harap, kita juga dapat merasai kehebatan mukjizat alQuran sebagaimana yang dirasai oleh mereka;
mukjizat yang lebih hebat dari terbelahnya Selat Melaka!
Mukjizat yang menambah yakin pada kenabian dan kerasulan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.



WAllahua'lam

Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam

p/s: kemungkinan selepas ini blog ini akan 'sepi' seketika dari post baru untuk jangka masa yang agak panjang, untuk sebab(-sebab) tertentu. InsyaAllah sila-silalah jenguk artikel-artikel lama di sini dan kalau ada apa2 yang dirasakan tak kena, bolehlah komen atau hantar emel kat saya.


(^^)y  assalamualaikum warahmatullah

No comments:

Post a Comment