03 December 2010

Akhirnya...

“Awak nanti nak pergi sekolah mana Tengku?” tanyaku kepada best friend masa tu; Tengku Shah Naqiuddin a.k.a TSN.
(sorry for causing the scar on your head.. T_T)

Masa tu dah di akhir-akhir tadika. Teringat pulak persembahan nasyid masa ‘graduation’.
Nyanyi lagu sepohon kayu.

Sepohon kayu daunnya rimbun~
Lebat bunganya serta buahnya~

Hehe.. Nostalgia sungguh!
Pada masa tu,
melangkah ke tahun satu, rasanya macam satu ‘big step’ yang besar! (erk..?)
Bila tengok murid2 sekolah rendah,  rasa macam cool je.
“Bila la giliran aku pula..”
Tak sabar-sabar.

Akhirnya sampai giliran kita!

Bila dah masuk tahap 2, melihat-lihat pula pada mereka yang menjadi ‘harapan sekolah’ a.k.a. murid darjah 6
Senior yang paling atas.
Masa tu bila tengok murid darjah 6, rasa macam..
“Woo..”
“Cool.. Jadi yang paling tua tu..”
Tak sabar rasanya nak masuk darjah 6!
Ambil U P S R
Macam gempak giler…

Akhirnya sampai giliran kita!

Bila masuk darjah 6, mengira-ngira pula countdown untuk ke bulan September.
Pergi kem sana-sini, kem motivasi la, kelas tambahan masa cuti la, tuisyen la, buat latihan pasal nak kira purata la..
Masa tu terbayang macam mana rasanya time ambil UPSR tu nanti ye..
Lepas tu tertunggu-tunggu pula result keluar.
Berdebar-debar.
Tambahan pula saya sakit perut time jawab paper Pemahaman BM; paper yang paling banyak mengkantoikan diri dari dapat 5A masa OTI
Akhirnya keluar juga result UPSR! Mungkin masing-masing ada cerita sendiri ; )

Begitulah seterusnya.
Tak sabar-sabar nak daftar masuk ‘Sekolah Sains’
Akhirnya dah pun masuk, dan dah keluar pun!
Bila masuk Form 1, melihat-lihat pula Form 5.
Cool.
Paling Senior
Paling ‘berkuasa’
"Bilalah giliran aku..."
Akhirnya dah pun masuk Form 5

Takut dan berdebar debar menanti SPM.
Kini tinggal kenangan manis. Manis sesangat..=)

Takut dan berdebar menanti result SPM
Kini tinggal kenangan manis, atau campur masam kelat sedikit =P

Ternanti-nanti result JPA, PETRONAS, UPU, TELEKOM, Bank Negara, MARA etc..
Sekarang dah pun tahu, dan ada yang dah hampir tamat pengajian.

Bersembang-sembang dengan rakan, macam mana la time kat IMU nanti ye?
Sekarang dah pun masuk IMU, bahkan dah nak keluar dah pun (hopefully..)
Kenangkan balik semasa kita awal-awal masuk uni dulu.
Terbayang-bayang, berangan-angan bagaimana ya nanti menjadi senior, menempuh peperiksaan yang payah macam Gaban?
Countdown pula untuk EOS 5 (end-of-semester exam 5). Pulun study sem 3, sem 4 & sem 5

Guess what?
Sekarang dah pun habis! Yippi..! =)

Setiap apa yang pernah sangat-sangat nantikan, akhirnya kita dah tempuhi.
Akhirnya semua menjadi sejarah.
Sejarah yang tak dapat diubah.
Hanya mampu dikenang..=)
Sekolah rendah, UPSR, sekolah menengah, PMR, SPM, A-Level dan seterusnya.

Melihat rakan-rakan yang dah nikah?
Takpa, akhirnya sampai juga giliran kita insyaAllah.
Berangan menjadi doktor di hospital, pegang duit sendiri, merayau-rayau di ward sambil presrcibe ubat?
Takpa, akhirnya sampai juga giliran kita insyaAllah.
Berangan nak beli kereta sendiri? lepas tu hantar kereta pergi servis, tukar rim sport etc.?
Takpa, akhirnya sampai juga giliran kita insyaAllah.
Berangan-rangan keseronokkan bersembang, bergurau senda dengan isteri tersayang, tentang anak sulung yang berada dalam kandungan?
Takpa, akhirnya sampai juga giliran kita insyaAllah.

Kita akan melihat saat kita yang sekarang ini, sebagaimana kita melihat diri kita semasa di sekolah menengah dulu.

Teringin nak kembali ke 'zaman muda-muda' dulu?
Right now, right here, we're at THAT particular time!

Masa depan, pasti akan kita sampai juga.






Begitu juga kematian.
Kita terbayang-bayang, bila dan bagaimana kita mati nanti.
Akhirnya kita merasainya, bagaimana sakitnya ditarik nyawa.
Pasti dan pasti.

Mendengar cerita2 kekalutan berada di padang mahsyar, panas yang amat, ada yang berpeluh sehingga ke paras dada, ada yang bersenang-senang di bawah arays; kita akan sampai di sana juga akhirnya.
Saat dipanggil nama satu per satu menghadap Yang Maha Pengasih, Yang Maha Membalas Dendam












MUHAMMAD AIMAN MAT NASIR..! KE MARI KAMU!!







Allahu rabbii






Masa depan; pasti dan pasti akan berlaku

No comments:

Post a Comment