12 December 2010

Mbuahhh (menguap)


LDK A
Selepas habis bermain game ‘Mafia’…

Abang FC 1: apa pengajaran yang kamu boleh ambil dari game kita tadi?
Saya: jangan percaya kat sesiapa pun (don’t believe anybody)

Abang FC 1: betul tu. Korang ingat berita-berita di internet, di blog-blog tu betul ke? Ramai orang muda sekarang mudah sangat percaya dengan cerita-cerita orang bla bla bla..
Saya: (by ‘anybody’, I mean ‘including you’)

‘Tembak’ diri sendiri

LDK B

Abang FC 2: Malaysia ni Negara Islam ke tak?
Saya: Sebelum tu, lebih patut kita tahu dulu, apa definisi ‘Negara Islam’. Apa yang dimaksudkan dengan ‘Negara Islam’.
Abang FC 2: …. Negara-negara lain iktiraf kita sebagai negara Islam. Undang-undang Islam ada 3; hudud, qisas & ta’zir.. Kalau tengok Malaysia, kita dah buat hudud, qisas..bla bla bla.
Saya: (lantak abang la..)

Tak menjawab soalan.
Kurang info.

Tazkirah

Ustaz: Nabi Muhammad dulu dah musnahkan semua berhala di Kaabah. Sekarang ni kita tengok sendiri dalam video tadi, ada berhala-berhala besar dibina semula di Tumpat, Kelantan.
Saya: (Kat Terengganu pun ada berhala.. Kat kuil Hindu kat KT. Kat Batu Cave, tugu negara, patung helang di langkawi, apsal tak sebut?)

‘Tembak’ diri sendiri

Be objective. Kita suka kutuk orang, geng yang 'tak sebulu' dengan kita. Tapi bila 'geng' kita sendiri buat perkara sama, atau lebih teruk, kita diamkan.
Kita mahukan keadilan, tapi adakah kita bertindak adil dengan 'musuh' kita?

Come on la!

"Ha, tengok diorang tu. Selalu fitnah, kutuk-kutuk 'geng' kita. Yang diorang buat tu tak sedar!"

Adula.. Sekali lagi. Kenapa harus hanya tertumpu kepada 'geng satu lagi' dan bukan 'geng sendiri'?

Sesiapa yang berperang dibawah royah ‘immiyah ‘(bendera buta) dan menyeru kepada `asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematianya adalah jahiliyyah.
(Riwayat Muslim, Ibn Majah, an-Nasai)

Wathilah bin al-Asqa’:(maksudnya): Wahai RasululLah! Apakah al-’asabiyyat? Sabda baginda: “Kamu menolong kaummu atas kezaliman”
(Riwayat Abu Daud)

"Kenapa quote hadis2 ni? Ada kaitan ke?"
Ntah. Tak tahu la.

Pengajaran 2: jangan berhujah dengan hujah-hujah mengarut & kebudak-budakkan. We can CLEARLY see through them.

WAllahua'lam

No comments:

Post a Comment