Setelah perit hidup dalam suasana dan sistem yang merosakkan; sistem hasil rekaan mereka sendiri,
mereka sentiasa memikirkan solusi terbaik yang seterusnya; tentang perkara asas yang asas.
"Bagaimana patut kita hidup??"
Mereka tiada panduan, selain daripada akal yg terbatas dan pengalaman yang ambiguous.
Maka lahirlah pelbagai idealisme
Hasilnya tetap sama; kegagalan, kerosakkan.
Walau ada sedikit sisi-sisi kebaikan.
Bagaikan racun tikus yang mengurangkan seketika rasa lapar apabila ditelan 3, 4 genggam.
Kerana apa?
Kerana semuanya lahir dari entiti bernama manusia.
Manusia itu serba lemah, ditambah dengan nafsu yang menggemuk di dalam badan, dan syaitan yang sentiasa mencari teman ke taman-taman
Manusia itu serba lemah, ditambah dengan nafsu yang menggemuk di dalam badan, dan syaitan yang sentiasa mencari teman ke taman-taman
taman neraka.
Untuk urusan yg payah dan besar ini, sebab itulah kita beriktikad yg ia hanya layak ditentukan oleh Allah yg maha Suci dari kelemahan,
Maha Mengetahui segala-galanya; bilangan daun yang berguguran serta setiap sel jangtung yang berdegup,
Maha Mengasihi makhluk-Nya yang derhaka dan menyombong bongkak dengan sesuatu yang diberi pinjam.
Para duat sekalian, para ikhwahku, kita kadang-kadang terasa sesak nafas dalam memikul beban dakwah yg tak nampak hujungnya.
mungkin persaaan itu kerana kurang faham dengan sunnatullah ke atas para pejuang Nya, mungkin juga kerana langkah kita semberono tanpa,panduan dari ar-Rahman; al-Quran dan sirah.
mungkin persaaan itu kerana kurang faham dengan sunnatullah ke atas para pejuang Nya, mungkin juga kerana langkah kita semberono tanpa,panduan dari ar-Rahman; al-Quran dan sirah.
Malangnya, bila ini berlaku ada para da'ie Allah bersikap sama dengan musuh Allah dlm menyelesaikan masalah; menggunakan akal semata atas alasan apa saja pun dan mengenepikan panduan Allah ta'ala yang lebih mengetahui.
Kita dan mereka seharusnya berbeza.
Mereka mahu lari dari kebinasaan hidup dengan memikirkan formula terbaik,namun tetap hancur kerana jauh dari panduan Allah.
Saya bimbang wahai ikhwah, jika kita berperangai dengan perangai yg sama dengan mereka,
Saya bimbang wahai ikhwah, jika kita berperangai dengan perangai yg sama dengan mereka,
kita juga akan hancur sepertimana mereka. Nauzubillah!
Menafikan keperluan akal, itu tidak menghargai anugerah Allah ta'ala
Meninggalkan nasihat ar-Rahman, al-'Alim, itu KESOMBONGAN
WAllahua'lam
No comments:
Post a Comment