11 May 2013

Fitrah yang dilupakan


Sebelum masuk ke tajuk, ada 2 asas yang kena jelas. Kalau kita setuju bab ni, baru boleh masuk tajuk. Kalau tak, balik awal..

Intro 1
Al-Quran dan hadis adalah rujukan asas yang paling asas dan paling utama bagi orang Islam
Walaupun bertentangan dengan logik akal manusia, al-Quran dan hadis patut diutamakan. (a bit oversimplify things.. without addressing issues like nas qat’ie vs zhon etc..)
Setuju?

Intro 2
“Fitrah tak boleh diubah dengan mata pena”
Teringat satu kata-kata. Tapi tak ingat baca di mana.



Fitrah manusia tak berubah. Begitu manusia zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, begitu juga fitrah manusia terakhir yang dilahirkan sebelum kiamat.

Fitrah jangan dipaksa-paksa untuk diubah. Fitrah jangan ditekan, ditenggelamkan. Semua itu merosakkan manusia itu sendiri.
Rasanya tentang ni, semua dah tahu dan setuju. Tak payah bagitahu contoh pun dah faham.
Tapi sekadar nak bagi juga

Ibu yang fitrahnya sayang pada anak. Lelaki yang fitrahnya perlukan perempuan dan sebaliknya. Manusia yang fitrahnya nakkan hiburan. Manusia yang fitrahnya nak rumah yang selesa, nak pakai baju lawa.

Salahkah memenuhi kehendak fitrah?
Terlebih nak penuhi fitrah jadi rosak. Kurang sangat atau tiadakan terus pun jadi rosak.
Nak contoh?
Tak perlu kot.. Rasanya semua dah hebat bab ni.

 Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Ok. Enough with the intro.
Masuk bab utama.
Ada satu lagi fitrah manusia, yang biasanya orang tak gunakan sebagai contoh bila bercakap bab fitrah,  yang menjadi isu hangat hari ini.
Isu racism. Isu perkauman.

Perkauman, asalnya adalah rasa sayang pada individu yang sama kaum, sama budaya, sama bahasa.
Buangkan dulu sekejap sentimen.
2 soalan penting. Adakah rasa sayang kepada individu sebangsa ini:
1. Fitrah?
2. Bertentangan dengan syarak?

to be continue insyaAllah..

No comments:

Post a Comment