21 May 2010

2012

Assalamualaikum! Selamat hari Jumaat! Hari yg paling diberkati dlm seminggu; hari raya kita.
Dah habis baca alKahfi? =)

Nak kongsi satu video yg cambest je...



ibrahnya? Mesti ada insyaAllah..
InsyaAllah lain hari akan tulis sket ibrah yg mungkin blh diambil. Nak kailulah kejap..=P (lamanya kailulah..=P)

13 May 2010

Ayat-Ayat Cinta...


Pernah baca novel Ayat-ayat cinta? Mesti pernah kan…?=)

Saya bukanlah jenis suka baca novel. Tapi bila baca novel yang ini, memang sanggup stay up lewat semata-mata nak habiskan cepat! Study pun tak semangat macam ni..hehe..

Oh, kalau nak dibandingkan dengan versi filem, bagi saya yg filem tu memang sangat takbest. Kurang nampak unsur tarbiyahnya kecuali part dalam penjara tu. Fahri, Aisha, Nourul bahkan Maria versi novel amat berlainan dengan versi filem! Apabila mula-mula dengar cerita novel ni dah difilemkan, agak excited la jugak. Tapi bila dah tengok, frust la jugak. Tak seperti yang diimaginasikan…

Pagi tadi baca kejap novel ni, untuk buat entri ni.
Fahri dan Aisha, romantis amat!

“Apsal tiba-tiba buat entri jiwang ni? Ada apa-apa ke..?”
Memang ada apa-apa pun! Ngehngeh.. =)

06 May 2010

kisah bas

Pada suatu masa yang tidak diperincikan masanya, ada seorang cikgu praktikal; Cikgu Fatin. Sedang praktikum di sekolah menengah di Perak. Untuk ke sekolah, dia mengambil bas mini.
 “Ni bakinya ya..” kata uncle Vijay, pemandu bas itu sambil menghulurkan wang 10 sen. Seorang India Hindu lewat 50-an.
“Terima kasih.” Balas cikgu sambil tersenyum. Senyum kan sedekah =). Biasa bagi dia untuk membayar tambangnya dengan sekeping not ‘seriya’ a.k.a. seringgit.
Dan rutin itu berulang 5 hari seminggu, selama sudah 3,4 bulan.