11 January 2011

'Facebook is closing'


Assalamualaikum warahmatullah~
baru saja berpeluang untuk check email & FB.
"Mahalnya sewa rumah.."
"Oh, dah ada group baru!"
"Oh, dah banyak dah info dalam group satu lagi ni,"

dan antara yang menarik perhatian, isu Facebook nak ditutup.
2 daripada entah berapa Yahoogroups saya, ada yang postkan perkara ni.

Di sebalik isu ini, terserlah dengan terang-benderang masalah orang kita (at least from my point of view..)

Menyebar-nyebarkan berita yang tak pasti;
salah satu contoh kebohongan.
Apa saja yang didengar, terus dipercayai dan diberitahu tanpa diperiksa.
Tak kisah cerita tu betul ke salah
Apa Nabi kita tak ajar?

Isu FB hanya satu contoh. Banyak lagi contoh lain.
Isu Starbuck ada babi,
isu burger jenama sekian sekian ada babi,
isu "don't say Mohd; Makkah"
isu colgate ada babi,
isu 4JJI tu represents something bad,
isu McDonald guna daging import tak halal,
isu ayam KFC ayam bangkai.
iklan2 kalau buat itu ini boleh dapat duit,
isu Upin Ipin..

tu antara yang saya ingat.
dan suka saya ingatkan, yg saya ni pelupa.. kalau tak caye, tanya classmates saya =)

Tapi, apa sangatlah kesannya kan?
Setakat nak bagi bussinessmen rasa rugi sikit.. Juta-juta tu apalah sangat kan?
Setakat menjadi calon mewarisi salah satu simbol munafik..
Nak gelak pun ada bila tengok benda-benda mengarut camni.

Tapi yang lebih masalahnya, sikap ini diulang-ulang dalam bab ilmu agama.
sikap tak ambil kisah samada ilmu itu betul atau tidak, diamalkan dan disebarkan atas nama 'Islam'.
sikap tak ambil kisah samada ilmu itu betul atau tidak, diamalkan dan dikatakan 'inilah Islam'.
seolah-olah kesahihan ibadah itu tak perlu
seolah-olah kesahihan ilmu itu macam pampers; boleh pakai buang.
seolah-olah kesahihan kata-kata Rasulullah itu boleh buat mainan.

dan pada satu sudut lain (yang kurang penting..),
saya rasa malu pada bangsa-bangsa lain.
"Mudahnya orang kita nak kena tipu.."

Cukuplah kalau disertakan satu dua gambar, terus percaya.
Cukuplah kalau 'ada orang kata' @ 'orang ternama itu kata', terus terima.
Cukuplah kalau disertakan 'nama orang omputeh' dari 'universiti omputeh', maka itulah fakta.
Cukuplah kalau 'orang puak kita kata', maka itulah yang haq.

bahkan cukuplah 'ada orang mana ntah bitau', maka peganglah dia bagai sabda Nabi.

pandaikanlah diri untuk membezakan mana satu 'khabar angin', mana satu 'pendapat peribadi', mana satu 'kebenaran'

Jangan jadi 'bahan' bro!

WAllahu ta'ala a'lam.

p/s: ini adalah 'pendapat peribadi'

No comments:

Post a Comment