Gaban! Nostalgik sungguh
Assalamualaikum warahmatullah~
Teringin nak jadi Superman, Gaban atau Suria Baja Hitam (ke camne ejanya..)?
Di sini atuk nak share petua!
Petua ni dah lama,dan agak kerap orang guna. Cumanya mungkin cucu-cucu tak perasan.
Ni pun atuk dapat masa dengar talk Xifu Naser kat IIS dalam 2 minggu lepas.
Talk pasal 'Westernophobia'. Kalau ikut plan, nanti nak buat talk pasal Islamophobia di kalangan orang Islam pulak. Menarik!
Oklah. Back to the topic. Macam mana nak jadi hero?
Pertamanya, cucu kena target satu masyarakat yang cu nakkan sokongan atau sebarkan ideologi. Ye la. Kalau tak, cucu nak jadi hero untuk sapa kan?
Kedua, cucu kena ada musuh. Satu watak antagonis. Kena cari satu ‘orang jahat’. Cerita2 Power Rangers kan mesti ada orang jahat..
Watak antagonis tu mestilah
i) dibenci oleh kebanyakkan masyarakat yang cu nakkan sokongan@sebarkan propaganda.
ii) ataupun kalau watak tu tak berapa masyarakat cu benci atau memang tak benci pun, jadikan watak tu sebagai ‘kambing hitam’ atas semua/banyak masalah yang ada. Atau dengan kata lain, cipta satu ‘musuh’! Kalau nak, cu boleh juga berpakat dengan member cu tu supaya dia jadi orang jahat, cu pulak jadi orang baik.
Rumah rosak? Orang muda merempit? Paip air bocor? Ikan laga hilang? Masalah akhlak?
“Ni semua salah diorang!”
Kalau boleh, ‘orang jahat’ tu mestilah orang yang kuat yang masyarakat tak berani atau susah nak lawan.
Oh, lupa pulak atuk! Biasa la umur dah ehem-ehem ni..
Cu kena la ada agenda@ideologi yang cu nak orang lain ikut. Sebab kerana sebab itulah cu jadi superman.
Langkah ketiga , cucu kena ada satu ciri persamaan dengan masyarakat yang cucu nak target tu. Kalau boleh, biarlah persamaan tu pada perkara yang penting.
Janganlah pada warna pencilbox ke, cerita korea kegemaran ke. Advance la sikit. Contohnya pada agama, keturunan, negara, sama-sama ahli kelab peminat panda, atau apa2 je la. Lagi bagus kalau ciri persamaan tu berkaitan secara langsung dengan agenda cu. Baru la tambah berkesan..
Kemudian, cu kena ‘belasah’ watak antagonis tu kaw-kaw! Ikut suka la nak belasah macam mane pun. Buat boikot ke, perang ke, kutuk gile-gile ke, apa-apa lah!
(Tips tambahan: kalau nak kutuk orang jahat tu, kutuk depan2! Baru la masyarakat nampak ke'hero’an dan kejantanan cu!)
Disebabkan cu ada persamaan dengan masyarakat yang cu target tu, dengan secara tak sengaja, masyarakat akan nampak cu macam hero diorang! Ye la. Kalau Kanada kutuk US depan-depan, mananya orang kita nak sokong Kanada. Ape kaitannya..
Lainlah kalau Indonesia yang kutuk Uganda. Eh!
Tambahan pula kalau ‘orang jahat’ tu orang yang kuat@’katang’ bak kata orang kampung atuk. Lagilah kuat kesannya!
Dan secara tak sengaja juga, masyarakat akan fikir, ‘kalau nak jadi hero, kenalah jadi macam Superman yang ni!’ Biasalah. Orang-orang yang malas nak fikir kan mudah dan suka tiru watak hero. Kalau tak, masakan kawan2 cucu yang kanak-kanak tu
nak pakai baju macam baju Batman,
nak pakai baju Ben 10,
ikat kain kat tengkuk pastu lompat2 konon nak terbang macam superman,
minum arak sebab nak jadi macam omputeh.. (ops.. tersasul pulak)
dan macam-macam lagilah!
Dan tahap ‘terpengaruh’ berbeza ikut orang.
Ada yang main follow je semua.
Ada yang daripada tak minat jadi minat. Tak ikut. Just minat je..
Dah nak habis dah petua atuk ni! Yang ni ikut la cucu nak guna ke tidak. Lepas tu, cu provok la masyarakat, kalau diorang tak sokong cu, maknanya diorang sokong ‘orang jahat’! Kalau diorang tak suka cu, maka diorang suka musuh cu dan musuh diorang yang telah mencuri ikan laga itu.
Kalau tak A, maka B. Logik kan?
Kenapa tak C? Sebab cu dah beritahu awal-awal sebelum diorang sempat nak tanya cu, yang C ni pun jahat jugak. C ni puak-puak pemalas yang malas ambil tahu isu, malas berjuang, puak Wahabi, atau apa2 je.
Sebenarnya di alam realiti, ada je L, E, F, Z2 . Tapi disebabkan cu dah cover awal2 sebelum diorang tanya, maka kemungkinan untuk diorang fikir yang pilihan lain tu untuk ada jadi kurang.
Kalau cu nak, cu pun boleh juga kata "Saya boleh jadi superman sebab_________" (isikan tempat kosong dengan ideologi yang cu nak orang ikut)
Faham tak cu..?
Sekarang, sebagai homework untuk cucu-cucu atuk, cuba cucu tengok-tengok alam, pastu cuba tengok ada tak yang macam petua yang atuk share ni?
Kan tuk dah kata awal-awal tadi. Petua ni dah ramai dah yang guna..
Yang tengah guna pun ada agaknya.
“Mustafa Kamal Attartuk atuk! Masa dia lead tentera Turki lawan tentera bersekutu pastu menang besar pastu ramai orang Turki ingat yang dia tu hero pastu ramai yang ikut dia.”
Ha.. Pandai pun cucu atuk..
Lagi? Lagi?
Saja ja tuk tak bagi contoh banyak-banyak (macam Iran vs USA etc).. Biar cucu fikir sikit...
Saja ja tuk tak bagi contoh banyak-banyak (macam Iran vs USA etc).. Biar cucu fikir sikit...
Ops.. bagi tahu pula..
(Untuk perenggan2 selepas ini, saya dah tak guna elemen sarkastik dah.. Betul!)
Saya tak kata yang orang yang macam guna petua ni yang sahabat2 jumpa sebenarnya 'orang jahat'; atau 'orang baik'.
Saya tak kata orang yang guna petua ni nak menipu.
Mungkin kebetulan je ‘tersama’ atau ‘terguna’ .
Mungkin kita je fikir lebih-lebih. Paranoid!
Atau memang dia guna petua ni, cumanya niatnya betul-betul baik.
Atau apa-apa je la kemungkinan yang ada!
Fokus sebenar kenapa saya nak share petua ni, supaya sahabat2 aware dengan perkara ni. Moga-moga tak mudah terpengaruh dengan strategi 'hero' ni (dan pelbagai strategi lain.)
Cuba untuk fikir secara okjektif. Berfikir berdasarkan fakta bukan propaganda, perasaan dan sentimen.
Jangan jadi ‘masyarakat’.
Ingat,'pembaris' kita adalah alQuran & Sunnah. Bukan rumors, gimik, falsafah barat atau kata2 manusia biasa
Memanglah gajah berkaki 4. Tapi tak semua yang berkaki 4 itu gajah.
Memanglah pihak yang benar itu menentang orang jahat. Tapi tak semua yang menentang orang jahat itu adalah pihak yang benar.
Kan?
Wallahuta’ala a’lam.
Setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alahi wasallam
No comments:
Post a Comment