23 January 2011

yang dicari-cari

assalamualaikum~

selama ni, agak tercari-cari ceramah yang agak best.
bukan yang lain-lain tu tak best, cuma kurang berkenan di hati.
no offense!
biasalah, setiap orang ada selera masing-masing kan?

dan terjumpalah dengan Bro Nouman Ali Khan & gurunya, Sheikh Omar Ballock.
Diperkenalkan dalam satu talk di IIS (lagi..).

Kenapa best?

Sebab lawak? Oh tidak..
Itu bukan kriteria yang saya cari.

Sebab mereka menggunakan kalam Allah.
"Eh, enta nak cakap ustaz lain mengajar tak guna alQuran ke?"
Tak de la..
Try la tengok satu kat youtube. Rasa-rasanya anda akan faham apa yang saya maksudkan =)

Menggunakan kalam Allah dengan menghuraikan kalam Allah, dengan cara yang agak jarang jumpa.
Sebahagian du'at yang saya jumpa, menghuraikan satu-satu tajuk dan memasukkan dalil nakli dengan 'sambil lalu' tanpa huraian lanjut,
dan banyaknya lebih kepada menghuraikan kata-kata ulama'.
contoh mudah, khutbah Jumaat.
no offense, tapi saya lebih suka gaya beliau =)
mungkin kerana jarang jumpa style yang begini?

Tiada ayat-ayat nasihat yang lebih bagus dari kata-kata Allah ta'ala sendiri, kan?
Tak terbanding dengan kata-kata manusia waima pakar motivasi terkemuka mana sekalipun.

Saya cari penceramah yang bercakap dengan dalil nakli, supaya ketepatannya lebih terjamin.
dan untuk kriteria ini, kebanyakkan yang saya jumpa adalah berkaitan dengan fiqh.

Saya cari ceramah yang menghidupkan hati, menasihati, bersifat ruhi.
dan untuk kriteria ini, agak susah saya nak jumpa dan kurang sedikit memenuhi kriteria pertama.

apa-apa pun, hubungan du'at dengan Rabbnya penting.
baru berkat & berbekas di hati insyaAllah.
kan hidayah itu Allah yang bagi, bukannya penceramah yang petah berbicara?
dan bukan ke kita buat semua ni untuk Dia? =)

wAllahu ta'ala a'lam
sekadar nak berkongsi
(^^)y

Allahumma taqabbal minna ya Rahim..

No comments:

Post a Comment