27 January 2011

Dia buat hal lagi

Dia buat hal lagi.
Bukan sahaja dia, bahkan yang lain-lain juga.
Kes yang melibatkan isu deen kita. Deen kita diperlekehkan, dipermainkan.

Yang telah berlaku,
Yang sedang berlaku,
Dan yang pastinya, akan berlaku.

Itulah sunnah yang Allah tetapkan.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
al-Baqarah: 120

Rasanya dah cukup kalau saya berhenti saja pada terjemahan kalam Yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui ini.

Sikap demikian di kalangan muysrikin bukanlah sesuatu yang perlu di’terperanjat’kan.
Kalau Islam itu dengan mudah saja ditegakkan tanpa halangan, itu hanya angan-angan.

Cumanya, bagaimana reaksi para pemimpin kita?
Dan saya tak maksudkan hanya pada isu kali ini.

Kelihatan kecenderungan untuk back-up member kafir.
Dan yang lebih penting, untuk jaga hati pengundi dari musyrikin.

Entahlah…
Saya bukanlah sang ‘alim, apatah lagi mujtahid untuk menilai bolehkah mengambil pendapat yang lebih bertepatan dengan so-called ‘maslahah’ walaupun dengan hujah tidak berapa kuat.
Faktor waqi’ mungkin?

“Kenapa guna term ‘muysrikin’? Kalau guna ‘non-Muslim’ baru nampak lembut sikit..”
Kerana jenayah syirik itu bukan sesuatu yang main-main, bagi mereka yang berakal.
Selingan…

Kucar-kacir!
Sebab nak jaga hati pengundi muysrikin, haq didiamkan.
Sebab nak jaga hati muysrikin, dicari pelbagai hujah pembela.

Toleransi…
Belum faham…
Patut jadi contoh teladan…
Jangan cepat melatah…

Itu benar.
Dan bertegas dengan mereka juga adalah perintah Allah.

Dah kurang nak control lidah. Kenapa mudah benar mereka nak menyentuh hal deen kita?
Mudah benar nak mencabar deen kita?

Kerana kita lemah
Berpecah
Terlalu beri muka.
Bahkan dalam isu agama kita, kita bertelagah.
Bertelagah yang nampak sangat berobjektifkan nak back-up ‘member’, atau nak hentam member orang lain.

Dan itulah yang kami bimbang.
Tergadainya Islam di Malaysia kerana trend yang ada sekarang.

Isu nak menaikkan Islam dah agak kurang sikit dibicarakan.
Kerana berebut undi musyrikin.

Bersatu

Saya bukanlah katak bawah tempurung sangat.
Dan saya juga bukanlah seorang yang ‘dah masak dengan sepak terajang politik’
Saya bukanlah sesiapa.
Saya hanya daun hijau.

Sebagai orang biasa saya boleh nampak, dengan sudut pandang orang biasa, kenapa penyatuan Melayu Muslim di Malaysia ni nampak agak mustahil, buat masa sekarang. Ditambah pula dengan minda orang kita yang masih kurang matang dalam melihat isu.
Dan ada bagusnya juga. Ada check & balance.
Tapi jangan sampai tergadai Islam, sebagaimana yang berlaku sekarang.
Jangan sampai Melayu Muslim yang sudah sedia ada lemah dalam segala-galanya; dilemahkan lagi dengan hujah Islamik ‘nak berlaku adil’ menggunakan definisi ‘adil’ yang tidak pula Islamik.

Tinggal di rumah lain-lain, bukanlah sangat faktor perpecahan.
Saya dan awak pun duduk rumah lain kan?
Tapi biarlah pada perkara dasar, kita sepakat.
Pada perkara yang menjaga Islam dan Muslim, kita tidak berkompromi.

Islam lemah di Turki, kerana orang Turki lemah.
Islam lemah di Arab, kerana orang Arab lemah.
Islam lemah di Afrika, kerana Muslim Afrika lemah.
Islam lemah di Malaysia, kerana Muslim Malaysia lemah.

Chua Soi Lek bukanlah yang pertama, dan bukanlah yang terakhir.
Bagaimana reaksi kita?

Pesanan sebelum penutup kalam:

Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).
Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu).
alQalam: 8-9

Wallahua’lam
dan setiap kata-kata boleh diambil dan dibuang kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

No comments:

Post a Comment