26 January 2010
Kenapa Berblog?
Assalamualaikum warahmatullah~
Dah lama tak update blog ni...
Tak berada (dan masih macam tu) dalam keadaan yang optimum untuk menulis
dan sebab 'tersangkut' dengan adobe after effect yang baru 'dapat'. Ala.. Macam budak 8 tahun dengan kereta control yang dah lama mengidam nak beli.. Dah dapat tu, tersangkut la dengan benda alah tu sampai bosan atau bateri habis atau abah tarik telinga suruh belajar.
Ok, back to the point!
Kenapa berblog?
11 January 2010
Islam atau Allah, yang mana Tuhanmu?
gambar kenangan SMSD '05 =)
"Woi! Kenapa pakai short tu?"
"Subuh, subuh, subuh!! Bangun bangun!"
"Eish! Dah lewat ni.. Nanti masbuk pula."
"Tolong belikan nasi lemak kat koop untuk aku sekali. Nak puasa juga esok."
"'Main ragbi' tak hari ni?"
Macam biasa dengar ayat-ayat ni kan? Kenangan manis semasa di sekolah dulu..=) Ayat-ayat biasa bagi orang yang nampak komited kepada Islam.
Set-set naqib
Tapi kan...
10 January 2010
Kenapa tak nak berblog?
Kenapa tak nak berblog?
Asalnya, tertarik juga nak buat blog sendiri… Lepas baca blog-blog orang lain, terutama blog kenalan-kenalan, rasa nak berblog tu makin naik.
Boleh luahkan pandangan, boleh kongsi-kongsi ilmu.
Boleh jadikan saluran dakwah.
Tapi, kenapa rasa macam tak nak berblog?
07 January 2010
as-Shifa' 09 versi pdf
Assalamualaikum. Sekadar nak berkongsi majalah as-Shifa' oleh Muslim Society (MSOC) IMU dalam bentuk pdf.
Sekadar nak ingatkan bahawa artikel yang diterbitkan tak terlepas dari kesilapan..
Nak "copy & paste" artikel? Untuk artikel saya, ok aja. Tapi untuk penulis-penulis lain tu, tak tahu la saya. Kena tanya mereka sendiri...
(p/s: ada kesilapan pada muka depan edisi GAZA. sepatutnya edisi 022009/33 bukan 032009/34)
06 January 2010
Aku Taurus!
"Uih! Best ni!”
“Awatnya? Bukan Liverpool kalah ke semalam?” Tanya Akmal (bukan nama sebenar ya!),
“Ni ha. Horoskop ni cakap minggu ni nasib aku akan sentiasa baik!”
“Ni ha. Horoskop ni cakap minggu ni nasib aku akan sentiasa baik!”
“La... Kau percaya benda bodoh macam ni?”
“Mana ada. Aku baca saja-saja aja..”
Biasa dengan situasi ni? Ok. Mari kita bedah siasat isu ni!
Biasa dengan situasi ni? Ok. Mari kita bedah siasat isu ni!
05 January 2010
Sindrom 'Imam Mahdi'
“Apa yang kamu dapat fikirkan tentang isu Imam Mahdi?” soal naqib malam itu. “Atau apa yang kamu fikir orang ramai akan fikir?”
Senyap… Semua menunggu orang lain yang mula bersuara.
“Tanda hampirnya kiamat.” Jawab seorang mad’u, akhirnya…
“Turunnya Nabi Isa a.s”. Yang lain pula menjawab.
“Perbahasan tentang benarkah Imam Mahdi itu wujud berdasarkan kekuatan hadis berkenaan Imam Mahdi, fiqh hadis…” jawab seorang ni pula. Minat benar dengan perbahasan ulama’.
“Satu orang yang hebat yang akan memimpin seluruh umat Islam, mengangkat darjat Islam ke tahap tertinggi.”
Dan lain-lain… Semakin mantap berbincangan!
03 January 2010
Apabila Wanita Tak Tahu Memasak
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata ok saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati...
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup!
Alasan
Subscribe to:
Posts (Atom)