26 October 2011

Kontroversi

Maha Suci Allah ta’ala Yang Maha Bijaksana, yang takkan ditewaskan waima segala tentera elit; China, Rusia, Israel, US, NATO dan semuanya bersatu bersama
Milik Allah ta’ala segala peraturan, segala ketundukan.
Allah takkan kalah

Alhamdulillah, HIMPUN 22 Oktober telah tamat.
Dengan jumlah kehadiran yang kontroversi.
Media memainkankan peranannya
Sebahagian media hanya emphasis angka 5000, sambil menayangkan hanya gambar-gambar yang menampakkan banyak kerusi kosong, bahagian hujung-hujung, dan bukan bahagian  orang ramai.
Menampakkan ilusi optik, membenarkan apa yang dikatakan
Keadilan media?

22 October 2011

"Adik demam ke..?"

gambar yang agak takde kaitan

“Kenapa adik sakit..?” Tanya seorang budak comel. Baru pulang dari tadika.
 “Kerana 2 sebab utama:”
“Kerana sistem imun badan kurang”
“Kerana serangan kuman-kuman dari luar”
“Kalau nak sihat cergas, dua-dua kena ambil berat!” demikian pesan seorang bakal doctor
i.e. Encik Aiman Nasir.
Adik comel tadi hanya mengangguk, dengan muka blur yang tak dapat disembunyikan

17 October 2011

Pengembaraan.. Bermula!

“Assalamualaikum! Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam..”  jawab akak bertudung itu.

Baru saja sampai di lapangan terbang Vienna, Austria petang itu tanpa plan apa-apa ke mana hendak pergi, waima di mana hendak tidur.
Gamble saja!
“Alah..sekejap saja.. Pagi esok naik pula flight ke Mesir..” bual kami berdua.

Masih ada lagi rasa tak kena tentang urusan visa ke Mesir. Kata rakan-rakan yang pernah ke sana, orang Malaysia dapat visa on arrival selama 2 minggu.  Kat sana nanti boleh buat visa pelancong untuk cover tempoh lagi 2,3 minggu di Kaherah. Entahlah...

“Can you show us where’s the mosque?” Tanya kami, sambil menghulurkan map free yang diberikan setibanya di Vienna.
Map yang diberi tanpa diminta yang hikmahnya, masyaAllah!

07 October 2011

HIMPUN


Sidang media ini diadakan untuk mengisytiharkan kepada umum tentang penganjuran sebuah perhimpunan besar-besar yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN. 
HIMPUN, yang merupakan inisiatif dan anjuran pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang mewakili umat Islam akan di adakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22hb Oktober ini bermula jam 2 hingga 5.30 petang.

HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini.

04 October 2011

Prioriti

Segala puji bagi Allah ta'ala, pemilik segala kekuatan, sedangkan Israel, US, Rusia, China dan segala kekuatan tentera manusia takkan mampu waima menangani satu dua tentera-tentera milikNya
Banyak doa Nabi Ibrahim ‘alaihi salam dirakamkan dalam al-Quran.
Doa untuk berkekalan dalam mengerjakan solat, sebagai contoh.

Dan Baginda juga pernah berdoa:
Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan
-membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu)
- dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan
- dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Baqarah 129]

titleless


1. Sifat keharmonian & synchronise antara peraturan2 alam itulah yang menyebabkan alam tercipta secara ‘inevitable consequences of laws of physics.' ; itu pandangan saya

2. Alam semulajadi & peraturan2 alam tidak mempunya akal, free wills & sifat bijaksana; mereka hanya alat2 yang dicipta & di fine-tune dengan pemalar2 & nilai2 kekuatan sifat fizik masing2 (eg: kekuatan electromagnetic force antara electron & proton adalah sebanyak sekian sekian & bukan sebanyak sekian-sekian nilai)